Thursday, May 22, 2014

Singgang Ikan Kembung

Semalam selepas tengok rancangan 5 rencah 5 rasa, tiba-tiba pulak terasa nak makan singgang. Nasib la semua bahan ada ja dalam peti ais tu. Ni la makanan aku sepanjang dalam pantang.

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih
1 biji bawah besar
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 batang serai
1 biji tomato
1 biji cili hidup
1-2 keping asam gelugor
Ikan kembung
1 sudu teh serbuk kunyit / 1 inci kunyit hidup
Air
Gula & garam


Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebuskan
2. Masukkan garam dan gula.





Sunday, March 9, 2014

Steam Seabass Fish with Lime & Chili / Ikan siakap masak stim limau


Selalu pi kat Siam Express dok merasa dia punya Steam Seabass Fish with Lime & Chili. Fuh! Memang sedap habis.. Kira memang menu favorite lah tu kalo pi kat sana

Hari ni pi market nampak ja ikan siakap terus teringat Steam Fish with Lime & Chili Siam Express. Terasa nak try. Nasib baik first try not bad jugak rasanya. *bangga dengan diri sendiri. Nak2 pulak hubby puji sedap..hikhiks ;) *

Bahan-bahan

Ikan siakap 1 ekor size sederhana
6-7 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
7 biji limau kasturi - ikut selera masing-masing
2 batang serai
1 batang daun saderi
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 biji tomato - di belah dua
Daun pudina
Daun limau purut
Daun ketumbar / daun sup
Daun bawang
Air - Ikut selera masing-masing
Cili padi - belah dua tapi jgn sampai terputus
Garam

Cara-cara:
  1. Masukkan air ke dalam kuali yg ada ikan siakap sampai separa terendam ikan tu
  2. Masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia, daun limau purut, air perahan limau kasturi, sos tiram, sos ikan  & cili padi.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Tutup kuali supaya ikan masak and rasa bahan-bahan tadi terserap dlm isi ikan
  4. Dekat-dekat dh nak masak tabur daun pudina, daun ketumbar, daun bawang, daun saderi dan tomato di atas ikan

Wednesday, February 26, 2014

School of Hard Knock

This is the last team building aku dengan R&D IT. Sedih tu Sedih jugak la sebab aku rasa dah serasi dengan team ni. Tapi apakan daya. Life must go on. And in order to succeed, you have to move ahead..

Ok, kita tinggalkan sebentar cerita pasal tukar team. Susah payah aku type post ni sebab nak share pasal aktiviti yg available kat Royal Selangor ni. Sebelum ni aku asyik dengar ja pasal Royal Selangor ni, tapi tak tahu apa kemenda tu. 

Royal Selangor ni actually adalah satu company yg mengeluarkan product berasaskan bijih timah or lebih dikenali sebagai 'pewter' dlm bahasa omputihnya. Also FYI, Royal Selangor ni boleh didapati di 3  buah negari iaitu Selangor(of course lah kan..dah nama pun Royal Selangor), Penang dan Johore. Antara products yg dihasilkan oleh company ni ialah pinggan mangkuk, trophy games etc. Bayaran masuk yg dikenakan ialah sebanyak FOC


Selain daripada menghabiskan duit dgn barang pewter, uols boleh jgk join School Of Hard Knocks mcm iols. Best jugak la. Sgt disuggestkan utk pi kalo uols nak melepaskan stress. Tapi theyols hanya menerima participation in group(minimum of 4 and maximum of 50). Fees is RM 60/person.



Lepas ketuk, uols akan dapat pewter tu, sijil dengan apron tu as souvenir. Boleh guna utk masak-masak kat dapur :p


Sunday, January 19, 2014

Masak Lemak Telur Itik

Bahan-bahan:
Telur itik 4 biji
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3-4 cili api
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
Suhun
Santan
Gula
Garam
Daun kunyit
Cara-caranya:
1. Blend bawang putih, bawang besar, kunyit hidup dan cili api (guna blender basah). Panaskan bahan mesin ke dlm kuali.
2. Masukkan santan dan keep kacau supaya santan tidak pecah minyak
3. Masukkan serai
4. Pecahkan telur itik satu persatu. Make sure pecahkan ditempat berasingan dlm kuali utk elak telur putih melekat antara satu sama lain
5. Masukan suhun, garam dan gula secukup rasa.
6. Taburkan daun kunyit yg dihiris halus

Sunday, January 5, 2014

Beef stew with Rotini & Garlic Bread

Bahan-bahan utk beef stew with rotini:
  1. 3 ulas Bawang putih - cincang halus
  2. 1 1/2 biji Bawang holland - potong dadu
  3. 1 inci Halia - hiris
  4. 1 batang Carrot - Potong dadu
  5. 3biji ubi Kentang - Potong dadu
  6. Daging - Slice / potong dadu (ikut selera masing-masing)
  7. 2 batang celery  - potong
  8. 1 sudu kicap manis
  9. Dried thyme
  10. Oregano
  11. 3 helai Bay leaves (daun salam)
  12. Serbuk lada hitam
  13. Rotini pasta
  14. Olive oil
  15. Garam

Bahan-bahan utk garlic bread:
  1. Roti France
  2. Planta
  3. Serbuk garlic
  4. Parsley

Cara-cara utk beef stew with rotini:
  1. Rebus daging bersama garam & halia. Apabila sudah mendidih asingkan daging dan air rebusan daging. Daging yg diasingkan tu, diperap bersama sedikit serbuk lada hitam, 1 tsp olive oil, kicap manis.
  2. Dalam periuk yg berasingan, tumis bawang putih, bawang holland dan halia dengan olive oil
  3. Masukkan carrot dan ubi kentang.
  4. Masukkan sedikit serbuk dried thyme,  oregano dan bay leaves.
  5. Masukkan daging yg diperap tadi dan gaul sebentar sehingga rata.
  6. Masukkan air rebusan daging
  7. Masukkan rotini dan masak sehingga carrot, ubi kentang empuk
  8. Masukkan daun celery
  9. Masukkan garam secukup rasa

Cara-cara utk garlic bread:
  1. Sapu roti france dgn planta dan tabur sedikit serbuk garlic (ikut citarasa masing-masing nak letak banyak mana)
  2. Bakar di dlm oven atau di atas pan. Sapu sedikit olive oil atas pan
  3. Taburkan sedikit daun parsley
Beef stew with Rotini & Garlic Bread

Saturday, January 4, 2014

Gulai Ayam

Bahan-bahan:
  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Kulit kayu manis
  5. Bunga lawang
  6. Buah pelaga
  7. Bunga cengkih
  8. Daun Kari
  9. Rempah giling gulai ayam
  10. Ayam
  11. Santan
  12. Air asam jawa / Air masak
  13. Kentang 
  14. Tomato
  15. Gula & garam (Ajinomoto semula jadi bak kata diba)
  16. Kerisik(Optional)

Cara-cara:
  1. Mesin bawang merah, bawang putih, halia. Tumis semua bahan-bahan ni
  2. Masukkan rempah 4 sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun kari)
  3. Masukkan rempah. Masak sampai pecah minyak. Kalau nak sedap masukkan kerisik sikit.
  4. Masukkan ayam
  5. Masukkan santan & air asam jawa sikit / air biasa
  6. Masukkan kentang. Masak sampai kentang lembut
  7. Masukkan tomato (Optional. Kalo nak rasa masam-masam sikit)
  8. Masukkan gula & garam secukup rasa
Gulai Ayam