Saturday, December 15, 2012

Venus Flytrap

Lastly, tercapai jugak impian aku nak dapatkan pokok ni. Venus Flytrap atau nama saintifiknya Dionaea muscipula, sejenis tumbuhan karnivor. Ada lagi beberapa tumbuhan exotic karnivor yg lain seperti periuk kera. Tapi aku lebih tertarik pada Venus Flytrap sebab bentuknya yg unik dan comel. Juga pokok ni lebih senang utk dijaga berbanding pokok karnivor yg lain (bergantung pada persekitaran). 

Pokok perangkap lalat

Macam mana aku boleh tertarik dgn pokok ni? Pada mulanya aku hanya mengetahui wujudnya pokok ini di dunia ni. Tapi tak pernah pulak rasa seperti Wow! memandangkan tumbuhan ni tak la famous sangat. Minat aku pada pokok ni bermula selepas diceritakan oleh seorang officemate. Sejak tu bermula lah pencarian Venus Flytrap. Banyak jugak nursery yg aku singgah utk cari pokok ni. Tapi boleh dikatakan kebanyakannya tak menjual pokok ni. Pencarian itu tamat after aku pergi family trip to Cameron Highland. Punyalah excited selepas nampak pokok ni di Cactus Valley . Tanpa fikir panjang aku terus beli walaupun harganya agaklah mahal utk pokok sekecil tu. Aku beli dgn harga RM28 + RM 6 utk Sphagnum Moss

Pokok perangkap lalat


Cara penjagaan:


Agak rumit + leceh. Venus Flytrap memerlukan extra moist and extra care. Sebab tu lah dia perlukan Sphagnum Moss yg berfungsi utk hold air yg banyak. Dari segi pencahayaan pulak Venus Flytrap tak memerlukan direct sunlight. Cukup lah sekadar indirect tapi pada kuantiti cahaya yg banyak. Ia sesuai kalau dijadikan tumbuhan terrarium namun lebih sesuai utk diletak diluar rumah berbanding di dalam so that ia dpt memerangkap serangga. Aku masih lagi dlm process mencari fish bowl yg sesuai. Tapi aku lebih prefer utk letak dlm rumah. So terpaksa lah merajin-rajinkan diri to feed it. If tumbuhan ini nampak semakin layu and tak sihat, kena cepat2 bawa ia keluar utk dptkan cahaya matahari. Walaupun Venus Flytrap one of the carnivorous plant, but it still a plant which need sunlight for photosyntheses.

Just like other plants, ia memerlukan semua nutrient yg diperlukan. Tapi because one of it's characteristic yg memerlukan ia hidup di tempat yg lembab dan kurang tanah, maka Venus Flytrap kurang mendapat nutrient Nitrogen dari sumber sekelilingnya. And because of this reason lah sekali sekala Venus Flytrap perlu dibagi makan serangga kecil spt semut, ulat, lalat dll. Nak bagi makanan dia pulak bukannya boleh sebarangan bagi. Kena pilih saiz yg bersesuaian dgn sizenya. Macam manusia juga la. Kalo disumbat dgn kuantiti lebih than his capability akan tercekik lah. Sama jugak la dgn flytrap ni. Setakat ni 5 ekor semut kecil sudah menjadi mangsa. Adakah esok, Venus Flytrap boleh makan besar sebab aku dah jumpa mangsa baru (Mr. Spider)? Tunggu  dan lihat ja lah pada kerajinan aku.

Pokok Perangkap Lalat

Thursday, December 13, 2012

Harimau Malaya

Jom ikuti kisah benar yg sangat annoying ini
___________________________________________________________________________________________

Watak utama:
  1. V - Bos Mat Saleh
  2. P - Pekerja cabok perasan Mat Saleh
Dialog:

V: Hey, take a look on this jersey(excitedly pointing to Harimau Malaya's jersey yg baru di beli)

P: Huh?! What are u doing with that jersey?

V: I wanna give moral support to Malaysia's soccer team

P: Really? That's so lame. (pergi mamp** lah!)

V: Why you say like that? You should support your team

*****Aku di satu penjuru, memaki dlm hati si 'Mat Saleh' yg perasan mat saleh..****

_____________________________________________________________________________________________

Memalukan sungguh bila expatriate boleh sokong Harimau Malaya berbanding rakyat Malaysia sendiri. Biarlah Harimau Malaya x segagah Manchaster United or Liverpool. Siapa lagi yg nak bangga dengan team kita kalau bukan kita sendiri? Walaupun aku bukan lah peminat tegar bola sepak negara, tapi aku tak lah se'dumbell' perempuan tu utk kutuk team negara sendiri pada org luar. Aku masih punya maruah and semangat patriotik...ceewaaah! :-) Tak ada apa yg dibanggakan dgn menyalurkan kebanggaan tu pada org luar. Lari mana tempat pun, toreh darah kau tetap dilahirkan kat Malaysia dulu. By the way, you just spitted on your own face girl!


Sunday, December 9, 2012

2nd Family Trip : Cameron Highland

Dec 7 - 9 sekali lagi family aku buat Family gathering. This was the 2nd time after kami semua pi gathered kat Langkawi awal tahun ni. Overall abouth this trip, fun! Sebab kali ni boleh dikatakan mendapat penyertaan daripada semua family + family sepupu sepapat. And to total up, trip kali ni ada 11 families yg join. Lets start the review! 

Gambar ni di ambil waktu kami semua singgah berhenti dekat R&R Bukit Gantang. Punyalah ramai kami semua. Habis 3 gazebo kata situ kami reserved. Bila jalan ramai-ramai ni, kopak la kalo semua benda nak kena keluarkan duit. So, demi nak save whatever we can save, setiap family diwajibkan bawak satu lauk utk makan tengahari. Kira potluck lah! Heaven rasa bila dapat makan home cooked kalau nak dibandingkan makan lauk kedai2 kat situ.

R&R Bukit Gantang

After, beberapa jam perjalanan, around pukul 6ptg maka kami pun sampai la. Tempat pertama kami singgah is Ee Feng Gu Honey Bee Farm. Bukan singgah utk melawat pun. Tapi just sekadar singgah sebab tu jadi meet point kami geng2 bas dgn groups yg turun direct from KL. Menyempat lah aku p toilet. Pergh! Air dia sejuk yg amat

Ee Feng Gu Honey Bee Farm

Di sini lah tempat kami menetap, Transit IPD Cameron Highlands. Actually panjang cerita pasal tempat penginapan ni. Pada mulanya kami sepatutnya menetap di Rose Apartment. Tapi disebabkan bas tak boleh masuk dalam and kami semua perlu jalan jauh untuk sampai ke apartment tu, lastly Mak Long Ani (memerangkap ketua projek) tukar plan utk menetap di Transit IPD yg lebih dekat.

Transit IPD Cameron Highlands

Pagi hari yg pertama kami pergi ke Bharat Plantation. Memang best lah tempat ni. Cantik sangat! Siap try teh kat situ lagi.

Bharat Plantation

Bharat Plantation

Tinggi kan? Kami semua berjalan turun sampai bawah tu. Yang bestnya ibu & makcik2 yg lain pun turun jugak. Memang tabik spring lah!

Bharat Plantation

Bharat Plantation

Selepas ke Bharat Plantation, kami singgah pulak ke MARDI Cameron Highland, Tanah Rata. Tempat ni pun best jugak. Banyak pokok-pokok bunga & sayuran kat situ hasil penyelidikan MARDI

MARDI Cameron Highlands

Subhanallah! Cantik sangat! :)

Ada juga strawberry bersalut chocolate dijual kat situ dgn harga RM2/stick. Yummies!
strawberry bersalut chocolate

Dari MARDI, kami singgah pulak ke Cactus Valley di Brinchang. Bagi sesiapa yg minat pokok cactus, best la kot tempat ni. Tapi bagi aku, just so-so ja. Nothing much here melainkan cactus. Bayaran yg dikenakan utk masuk is RM4/adult & RM2/child.

Cactus Valley

Cactus Valley

On the way kami nak balik ke utara tu, singgah la sekejap kat Zoo Taiping. Sebagai habuan utk kanak-kanak kecil. Ya lah, in my opinion, Cameron Highland lebih sesuai utk dijadikan tempat pelancongan bagi mereka yg sudah berumur dan menghargai flora. Tapi, bagi kanak-kanak, mereka tak dapat nak menghargai sayuran & tumbuhan. Sebab itu lah kami singgah sekejap kat Zoo Taiping. Ya lah,kanak-kanak kan suka binatang-binatang ni.

Zoo Taiping

Tapi bagi aku, Zoo Taiping agak mengecewakan disebabkan keadaan zoo yg bagi aku agak kurang terurus dan tidak banyak aktiviti yg menarik sepanjang cuti sekolah.
Zoo Taiping

Tapi apa pun overall trip ni sangat best & bermakna. Tunggu dan lihat ja lah, di mana pulak 3rd Family Gathering nanti. :-)

Wednesday, November 14, 2012

Caladium

Dah berapa lama dah dok bersabar nak letak macam-macam atas meja kat ofis. Dapat ja meja baru kat ofis, punyalah excited. Siap bagi tau bos lagi, "The best things that I like about our new office is my cubical"..hahahha...naive punya statement. Semakin keciwi bila dah beli pokok baru :)

caladium keladi

Pasu beli kat A tu Z RM14 & pokok beli kat giant, RM5. Sgt lah teruja..siap beli dgn baja lagi. Muahahaha. Hari ni letak kat ofis, rasa seronok pulak sbb ada nampak hijau2..Semakin bersemangat lah aku nak duduk ofis lama-lama. :-P






Friday, November 2, 2012

Corn field

corn field

Crop planted by handicap. God never been unfair to His servant. He took one grace and He replaced it with another one

Thursday, October 4, 2012

Alternatif utk batuk

Last week saya sekali lagi diserang 3 penyakit berangkai ni, demam + batuk + selesema. Diserang sekali lagi after 2-3 weeks recovered. Heran sungguh. Tahun ni kerap sungguh saya kena 3 penyakit berangkai ni. Berapa kali dah mintak izin dari boss yg sangat lah baik hati utk work from home. Sampai dah naik tebal muka ni.

Demam & selesema tak da lah teruk sangat. Tapi batuk, adoi..Tuhan ja la yg tahu. Batuk yg tahap sampai tak sempat nak ambik nafas pulak tu. Sampaikan ada beberapa office mate yg dah tegur batuk saya ni teruk sangat.

Dua klinik dah pi. Ubat batuk pun sampai dah dua botol minum. Tak baik-baik jugak. Entah macam mana boleh terfikir nak cuba cara selain dari perubatan moden. Maka bermula lah pencarian dlm Google.

Banyak rupanya cara-cara alternatif nak mengurangkan batuk yg melampau ni. Tapi saya cuma ambil cara yg   senang la nak mencari bahan-bahannya.

Madu
Cara nak mengurangkan batuk yg melampau yg pertama, makan madu. Actually saya start makan madu ni selepas abah bagi nasihat utk cuba makan madu. Katanya, sifat madu tu sendiri panas. And batuk tu pulak kadang-kadang jadi sebab cuaca yg terlalu sejuk. So, utk membalancekan suhu pada anak tekak ni, makan la madu. Memang berkesan

madu


Jus lemon panas
Minum jus lemon pekat. Ni saya ikut pesan bikna. Tapi amaran sebelum menggunakan kaedah ni, sila pastikan perut anda tidak kosong. Kalo tak memang ulang alik pi jamban la jawabnya. Lepas minum ni, insyaAllah berkurang la sikit gatal tekak tu. Siap boleh tidur lena lagi :)

jus lemon


Vicks Vaporub
Cara ketiga yg berkesan pada saya adalah sapu Vicks Vaporub pada tapak kaki. Masa sakit tu, tiap-tiap malam saya pastikan saya sapu Vicks ni pada tapak kaki & pakai stokin sebelum tidur. Esok pagi tu, memang kurang la batuk-batuk

stokin

vicks vaporub

Tuesday, October 2, 2012

Mishah



baby

Amishah dah besar! Makin comel & handsome. Lain dah rupa berbanding masa kecil dulu

Soal pertemuan

Kalau pertemuan itu hanya menyakitkan hati dan menambah dosa, harus kah pertemuan itu?
Kalau pertemuan itu diyakini akan mengeratkan lagi silaturrahim, harus kah pertemuan itu?
Kalau pertemuan itu dikhuatiri akan mengeruhkan lagi silaturrahim, harus kah pertemuan itu?
Kalau tanpa pertemuan itu, maka semakin berlapang hati utk memaafkan & melupakan kisah silam, haruskah ia?

Persoalan yg bermain diminda pada masa ini. Alahai susahnya *sigh*. Bukan niat di hati nak membina jurang :-(

Sunday, September 23, 2012

Solemnization of Khosim & Hanisah


sampin

pengantin lelaki


cincin perkahwinan

akad nikah

pengantin perempuan

akad nikah



sijil kahwin






pasangan pengantin



pasangan pengantin

pasangan pengantin

Khairul's reception

keris tengkolok

:-)

bunga rampai
Beriya-riya aku nak buat bunga rampai..Rasa tak lengkap kalau tak da bau bunga rampai ni dlm bilik pengantin 


hantaran perkahwinan
Jadi bidan terjun utk buat hantaran. hahaha

pengantin perempuan
The stunning bride

makan beradap
Makan beradap



makanan pengantin
Alluring..yummies. *made by maklang*


cocktail
*made by maklang*

kasut pengantin
Bride's shoes

wedding ring
Wedding rings