Thursday, October 4, 2012

Alternatif utk batuk

Last week saya sekali lagi diserang 3 penyakit berangkai ni, demam + batuk + selesema. Diserang sekali lagi after 2-3 weeks recovered. Heran sungguh. Tahun ni kerap sungguh saya kena 3 penyakit berangkai ni. Berapa kali dah mintak izin dari boss yg sangat lah baik hati utk work from home. Sampai dah naik tebal muka ni.

Demam & selesema tak da lah teruk sangat. Tapi batuk, adoi..Tuhan ja la yg tahu. Batuk yg tahap sampai tak sempat nak ambik nafas pulak tu. Sampaikan ada beberapa office mate yg dah tegur batuk saya ni teruk sangat.

Dua klinik dah pi. Ubat batuk pun sampai dah dua botol minum. Tak baik-baik jugak. Entah macam mana boleh terfikir nak cuba cara selain dari perubatan moden. Maka bermula lah pencarian dlm Google.

Banyak rupanya cara-cara alternatif nak mengurangkan batuk yg melampau ni. Tapi saya cuma ambil cara yg   senang la nak mencari bahan-bahannya.

Madu
Cara nak mengurangkan batuk yg melampau yg pertama, makan madu. Actually saya start makan madu ni selepas abah bagi nasihat utk cuba makan madu. Katanya, sifat madu tu sendiri panas. And batuk tu pulak kadang-kadang jadi sebab cuaca yg terlalu sejuk. So, utk membalancekan suhu pada anak tekak ni, makan la madu. Memang berkesan

madu


Jus lemon panas
Minum jus lemon pekat. Ni saya ikut pesan bikna. Tapi amaran sebelum menggunakan kaedah ni, sila pastikan perut anda tidak kosong. Kalo tak memang ulang alik pi jamban la jawabnya. Lepas minum ni, insyaAllah berkurang la sikit gatal tekak tu. Siap boleh tidur lena lagi :)

jus lemon


Vicks Vaporub
Cara ketiga yg berkesan pada saya adalah sapu Vicks Vaporub pada tapak kaki. Masa sakit tu, tiap-tiap malam saya pastikan saya sapu Vicks ni pada tapak kaki & pakai stokin sebelum tidur. Esok pagi tu, memang kurang la batuk-batuk

stokin

vicks vaporub

Tuesday, October 2, 2012

Mishah



baby

Amishah dah besar! Makin comel & handsome. Lain dah rupa berbanding masa kecil dulu

Soal pertemuan

Kalau pertemuan itu hanya menyakitkan hati dan menambah dosa, harus kah pertemuan itu?
Kalau pertemuan itu diyakini akan mengeratkan lagi silaturrahim, harus kah pertemuan itu?
Kalau pertemuan itu dikhuatiri akan mengeruhkan lagi silaturrahim, harus kah pertemuan itu?
Kalau tanpa pertemuan itu, maka semakin berlapang hati utk memaafkan & melupakan kisah silam, haruskah ia?

Persoalan yg bermain diminda pada masa ini. Alahai susahnya *sigh*. Bukan niat di hati nak membina jurang :-(