Monday, November 30, 2015

Laksa Penang

Bahan-bahan:
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 2-3 ulas
  • Cili boh
  • Ikan 
  • Cabai melaka
  • Asam keping
  • Belacan
  • Nenas
  • Bunga kantan - belah 2
  • Daun kesum
  • Daun
  • Gula & garam
Cara-cara:
  1. Rebus ikan bersama asam keping.
  2. Sementara tunggu ikan direbus, mesin bawang besar, bawang putih dan belacan. Kemudian masak atas periuk. Juga masukkan cili boh mengikut selera kepedasan masing-masing
  3. Balik semula kepada ikan yg direbus tadi, selesai saja rebus, perisi isi ikan & tulang. 
    • Bagi yg suka kuah laksa yg ada tekstur kasar, buat half-half isi ikan tu. Satu bahagian utk dimesin, dan satu lagi utk dihancurkan guna tangan ja.  Mesin sekali dgn asam keping & air rebusan ikan yg guna utk rebus ikan tadi. Tuang semua isi ikan ke dalam periuk tadi.
    • Untuk tulang ikan pula mesinkan dgn menggunakan air rebusan ikan tadi dan tapis masuk ke dalam periuk. Kita tak nak bila makan nanti ada tajam2
  4. Rebus naik semua bahan-bahan dlm periuk tadi. Agak bila dah start nak mendidih masukkan bunga kantan, daun kesum dan nenas.
  5. Jangan lupa perasakan dgn gula & garam secukup rasa,
  6. Hidang kuah laksa bersama dgn laksa yg ditabur bawang, timun, nenas, daun pudina, bunga kantan hiris.

laksa

Wednesday, November 4, 2015

Pasta all'Arrabbiata

Bahan-bahan:
  • Spiral pasta atau apa-apa saja jenis pasta
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 3-4 ulas
  • Isi ayam dipotong dadu (Boleh juga nak pakai daging / udang jika mahu)
  • Cili boh 1 sudu besar ( Taknak letak pun boleh. Ikut selera masing-masing)
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Paste tomato 2-3 sudu besar (Atau boleh pakai sos speghetti)
  • Sos cili 2 sude besar
  • Carrot
  • Thyme
  • Parsley
  • Garam gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah & bawang putih yg dah dihiris sehingga naik wangi
  2. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak
  3. Masukkan isi ayam, sos tiram, sos cili, paste tomato, garam dan gula secukup rasa
  4. Bila dah agak sebati dan cukup rasa semua bahan tadi, masukkan pasta yg dah direbus
  5. Kemudian masukkan carrot yg dah diparut / potong halus, thyme dan parsley.
Pasta all'Arrabbiata

Bihun Sup Utara


SUP

Bahan-bahan:
  • Daging 2 kilo, tulang 2 kilo @ kalau ayam beli yg tulang kerangka sahaja 3 ekor, isi 6 ketul
  • 3 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci halia (semuanya diketuk)
  • 2 labu bawang putih 
  • 7 biji bawang merah ( dimayang@ditumbuk)
  • daun leek * salery * ( diptong besar 3 inci)/jika ada)
  • 2 sudu besar gula 
  • 2 kiub ayam@ daging maggi ( saya lebih suka guna kiub ayam- lebih sedap lebih power walaupun nampak pelik tapi percayalah kiub ayam lebih sedap jika dimasukkan kedlm masakan berasaskan daging , ayam dan ikan)
  • 1 camca besar lada hitam ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu serbuk kunyit masuk kedlm periuk sup
  • garam 2 camca 
  • kulit kayu manis 6
  • 8 bunga lawang 
  • 10 buah pelaga 
  • 2 bungkus perencah 'sup tulang'( jika mahu)
  • air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam) . 

Cara-cara:
  1. Masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api. 
  2. Bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 11/2 -2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut). setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja.
  3. Teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, garam, lada hitam. serbuk kunyit dan selebihnya tu...bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang. 
  4. Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup. 
** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi. 

BIHUN

Bahan-bahan:
  • Sebungkus bihun
  • Serbuk kunyit
  • Air
Cara-cara:

  1. Bihun direndam- air biarlah cukup2 diparas bihun saja
  2. Pastu masukkan kunyit dan gaul2. Biarkan 15 minit
  3. Celur dalam air didih-2-3 minit saja sampai lembut
HIASAN / TABUR:
  • Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk
  • Dipotong kiub kecil kecil daun sup
  • Dihiris halus daun bawang
  • 1 kampit kecilbawang goreng 
  • 100gram lobak masin - dicincang halus halus

SAMBAL

Bahan-bahan:
  • minyak 1 cawan(minyak kena banyak sebab nak bagi cabai2 betul2 masak)
  • 3 senduk nasi cili kering yg telah dikisar
  • 8 camca cili sos
  • bawang merah 4 ulas dimayang
  • bawang putih 3 ulas dimayang
  • gula 5 camca
  • garam 1 camca kecik
Cara-cara:
  1. Tumis bawang2 dulu, cili kisar, cili sos, garam. Goreng sampai cili masak betul2. 
  2. Tambah gula, biar pekat 
  3. Masak sampai sambal jadi warna merah tua/gelap.-guna api sederhana dan perlahan sahaja bila hampir pekat.

Bihun sup utara




Friday, August 7, 2015

Ikan Siakap Stim Tomyam

Bahan-bahan:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Beberapa tangkai cili api (ikut selera masin-masing)
Paste Tomyam
1 batang serai
1/2 inci halia
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh sos ikan (optional)
Ikan siakap 2 ketul
Daun limau purut
Air lemon
Gula
Garam
Cara-cara:
1. Marinate ikan dgn garam
2. Ketuk serai, hiris halia dan kukuskan bersama ikan di dalam aluminium foil.
3. Mesin bawang besar, bawang putih, cili api
4. Tuangkan bahan mesin ke dalam bekas utk dibancuh bersama paste Tomyam, sos tiram, sos ikan, air lemon, gula dan garam. Sudah je bancuh tuangkan kedalam ikan yg tgh dikukus tadi.
5. Agak-agak bila ikan dah masak taburkan daun limau purut yg dihiris halus.

Wednesday, July 1, 2015

Kurma Ayam

Bahan-bahan:


  • Halia 1 inci*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Bawang besar 1 biji*
  • Bawang besar 1 biji
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • Rempah kurma 1 paket
  • Kentang
  • Ayam
  • Santan
  • Air limau nipis
  • Susu cair 1 cawan
  • Cili hijau
  • Tomato
  • Daun kari
  • Gula garam


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan mesin yg bertanda * 
  2. Masukkan rempah 4 sekawan
  3. Masukkan rempah kurma dan masak hingga pecah minyak
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati
  5. Masukkan santan dan sedikit air
  6. Bancuh susu cair dgn air limau nipis dan masukkan ke dlm periuk
  7. Masukkan tomato, cili hijau, bawang besar yg dibelah 4, gula dan garam
  8. Dalam kuali yg berasingan tumis bawang dan daun kari utk tumis darat. Kemudian tuang bahan tumis tadi ke atas kurma ayam



Tuesday, June 30, 2015

Kek Batik Mudah

Bahan-bahan:

  • Telur 4 biji
  • Gula1/2 cawan
  • 1 bungkus biskut Marie (  boleh pakai yg original / perasa coffee. )
  • 14 sudu makan Milo
  • 1 biji mentega
Cara-cara:
  • Cairkan mentega dgn api yg perlahan. Sentiasa kacau.
  • Masukkan gula dan kacau sentiasa.
  • Masukkan telur
  • Masukkan milo
  • Akhir sekali masukkan biskut Marie
  • Letakkan dalam bekas dan sejukkan
Nota: Bagi penggemar coffee boleh tambah Nescafe satu sudu teh.

Credit: Ovenhaven