Wednesday, December 29, 2010

We are happy together

Weekend hari tu plan dgn umi nk convoi balik utara gathering ramai2 kat rumah makcik aku kat perlis..Aku dah teramat excited..bukan pa..bkn senang nak dapat peluang gather ramai2..ni pun kira lack of members..family pakchaq Rashidi, family mami Rosni, family         Maksu, Abah, Paman Mae n Mamu xdak..huhu..kalo suma ada mesti lagi meriah la..

driving.. n being accompanied by Fatin

sampai ja Perlis, makanan dah siap utk dimakan..yg bestnya, makan 2 suma favorite aku..yummY! mmg tepat mengena sasaran..

yg paling penting aku RATU of ULAM RAJA..hahaha

abis makan trus chief chef uat preparation utk BBQ

Chief Chef: gaulkan suma bahan2 yg dh dikisar sampai kena rata pada semua ayam..

Lets burn it!

Sotong bakar..yummy!

happy Cousins together

 Cuba la resepi kami! Bkn nk puji..tapi mmg sedap even this is our 1st try

 @ Pangkalan Asam

We were a strange little band of characters trudging through life sharing diseases and toothpaste, coveting one another's desserts, hiding shampoo n phones, borrowing money, locking each other out of our rooms n oso in d bathroom, inflicting pain and kissing to heal it in the same instant, loving, laughing, defending, and trying to figure out the common thread that bound us all together
(^,^)

p/s: Mode bahagia being surrounded by my belovedS

lama menyepi

hahaha...cian blog aku ni.
dah bersawang teruk sgt dah..
brapa lama dah aku x mengupdate
nanti aku update sket2 eh
terlalu serabut hidup aku dlm 2-3 bln ni
transition from student life to carrier life..
finally now im become an EMPLOYEE
n working in AMD Export Sdn Bhd =)



p:/s at last dpt jgk blk duk utara..

Wednesday, December 8, 2010

PicALoGy... ^,-: 1 muharram 1432

PicALoGy... ^,-: 1 muharram 1432: "hijrah itu pengorbanan hijrah itu perjuangan hijrah itu persaudaraan hijrah membentuk perpaduan detik permulaan kebangkitan Islam bak..."

Thursday, October 14, 2010

Monologue

"Keep movin' forward"
dun look behind. This is what u have decided..
Bear it in ur mind dear..
Dun make others change ur decision

Monday, October 11, 2010

Dengki Mendengki

Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan .
(Surah Al-Hujurat, ayat 6)

Friday, October 8, 2010

eclipse




watching this for many times...
im in love with Edward
*wink*wink*



p/s: Mommy, can he be ur son in law??hahaha

Wednesday, October 6, 2010

=(


Emosi aku betul2 tak stabil sekarang
feel like wanna run away
wanna cry
wanna hug sumone
i feel really2 weak inside

p/s: need time to be alone

Give up..


Bukan senang aku nk layan drama Melayu ni
tp masa 1st episod, jalan cerita dia mcm menarik ja
Layankn je la..
Tapi makin lama, I'm give up dgn cerita ni...
jalan cerita makin bosan n a lil bit menyampah memandangkan aku ni bukan la one of FS's fans..
After Chinta has changed, aku dah malas nk tengok cerita ni lagi..
Layan cerita lain la plak..
Bosan dgn drama Melayu..semuanya stereotype ja..

Hate Missing You


I hate missing you most of all.    
When im sad and alone and all i want is to see you. 
And you never really realize all i want is to waste some time with you.  
But the problem is you dont want to waste any time on me.



Monday, October 4, 2010

permudahkan segalanya

Ya Allah jika inilah jalan yang telah kau tentukan utk hambaMu ini, 
permudahkanlah segala urusanku,
hilangkanlah rasa ragu2 terhadap keputusanku
tanamkanlah keyakinan dlm hatiku
kerana Kau lebih mengetahui jalan hidupku
 dan Kau jugalah yg lebih mengetahui mana yg tebaik untukku
AMEEN..

The starting point of my career

After return back from Sarawak, my routine was searching for a job..When the laziness is inside me, Abah is the one who always remind me to look for it...

The job hunting has begin!


After bout 3 weeks plucking the beautiful grapes at home, i got calls from companies calling me up for  interview...But i am juz like a tiny coward rat. I rejected 5 interview just because it was in KL...Maybe some people might think how stupid she was..but nvm..i have my own reasons why i decided that way..


Lastly, i got a call from Dynafront System Bhd..calling me for an interview..Thanx to wani for accompany me on that day..I got the job n has decided to accept it....


Waaaa!!!Being employed is my dream..but to be honest it freakin' me up...I don't know whether i can achieve their goals & standard or not...But believe me, i will try to do on my very best...Gambate!

Thursday, September 30, 2010

Allah sentiasa bersamamu






Ketahuilah oleh mu

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..



Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.

Allah SWT sudah menghitung air matamu..


Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..


Allah SWT sudah punya jawapannya..


Ketika segala sesuatu yg berlaku tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.


Allah SWT dapat menenangkanmu..


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon.


Allah SWT selalu berada disampingmu..


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang...


Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya

dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak..


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.


Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..


Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.


Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Dan ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.


Allah SWT telah memberkatimu..


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.


Allah SWT telah tersenyum padamu..


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.


Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..





Wednesday, September 29, 2010

Hidup

"Masa tak selalunya lapang...Jalan tak selalunya luas...Hidup tak selalunya senang...susah tak selalunya berpanjangan...Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali...gunakan setiap saat yang anda miliki dengan perkara2 kebaikan, yang akan menjadi bekalan untuk hidup kemudian..."

Sunday, September 19, 2010

Lelaki idamanku

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Friday, September 17, 2010

miss him


i MISS this guy very much

Tuesday, September 14, 2010

Innalillah...



12 September 2010
pergi sudah arwah tokayah..terasa sayu sgt bila mengenangkn kenangan bersama arwah. tapi yg mnyedihkan ati arwah xsempat pakai kain pelikat swak yg aku belikn utk dia..bila tgk blk kain pelikat tu bergenang air mata ni..

ni la kali terakhir menyambut raya bersama2 tokayah. namun aku ttp bersyukur coz arwah pergi dlm keadaan yg tenang. aku kagum dgn arwah tok ayah. disaat 3 hari sebelum arwah tokayah pergi, eventhough tokayah smpai xkenal diri dia sniri n anak2, tapi arwah ttp ingt Allah n sembahyang..xlekang kalimah 'Allah' tu dari bibirnya sehinggalah arwah pergi menemui Illahi jam 3.25pm..arwah tokayah pergi dgn senyuman..alhamdulillah

tokayah, tika syg tokayah..hanya yassin mampu tika hadiahkan pada tokayah..moga tokayah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Amin...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya


1 Syawal menjelang tiba
Takbir bergema menggegar jiwa
Sekiranya ada salah & dosa
Ampun di pinta di hari mulia..
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin"

30kg ketupat!

Raya tahun ni ibu terima tempahan ketupat byk sgt...
smpai kn 30 kg!
fuh! terkejut gak first time dengar ibu ckp tu
3 hari sebelum raya, kami dah start buat ketupat
adoyai...penat yg amat!





Makanan wajib setiap kali raya...
Rendang ayam


Tapi tahun ni lain sket..
coz tukang masaknye lain
diz year 1st time Ariff belajar masak rendang
beriya2 die nk buat..
xpe la..bior kn je la..




Monday, September 6, 2010

Saya Bahagia


even though tired preparing for hari raya 
im epy being with my beloved family

mode : surrounded with love and mummy's yummy foods (^.^)

Friday, September 3, 2010

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.


Fokus umat pada malam tersebut
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah.
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Extracted from : www.iluvislam.com

Monday, August 30, 2010

happiness

happiness is just a state of mind...
devotes 5 minutes to smiling, just smiling..
and after a while it will come naturally

Sunday, August 29, 2010

Maksud Bacaan Dlm Solat


Sekadar ingin brkongsi...semoga apabila kita memahami apa yg dbaca dan diucapkan dlm solat, kita akan lebih menghayati solat itu sendiri..

Semoga dapatlah dipanjangkan kepada umat Islam yang lainnya, insyaAllah saham akhirat tersedia buat kita..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."--Surah Al Baqarah (Ayat 277)


Allah Maha Besar 

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.