Thursday, May 31, 2012

Priority


Sunday, May 27, 2012

Shiela's Wedding






Saturday, May 26, 2012

Orang tua

Tadi baru dok sembang2 dgn maktok. Biasa la. rutin harian kalau maktok ada kat rumah. Lepas balik kerja akan duduk sembang sekejap dengan maktok. Topik perbualan kami selalunya berkisar pada topik masakan, cerita zaman dolu kala, isu semasa dll.

Namun, as usual maktok akan masuk topik "Cerita Hot". Seboleh2nya aku mengelak nak dengar topik tu. Kona la sana sini. Tapi kona macam mana pun pasti akan masuk topik tu jugak. Can't help it. Terpaksa la tahan telinga dengar maktok dok meluah perasaan. Biasalah orang2 tua ni. Mereka sangat2 lah sensitif. Kecik hati sana la kecik hati sini la. Macam mana senang nak kecik hati, macam tu jugak la senang nak besar hati. :) Kadang2 bagi kita benda tu remeh. Tapi sebenarnya kita dah menguris hati mereka. *We not go through it yet, so we do not know it. Entah2 esok tua kita lagi teruk apa*

Sambil sembang-sembang dengan maktok ni, otak aku ligat menganalyze apa yg maktok cakap. And YES! I  learn something from her again. Moral of the story yang aku dapat hari ni is orang tua ni kalo nak ambil hati mereka senang ja. Show that you appreciate them!. Tak semestinya melalui duit yg bertimbun2, hadiah mahal mak datok or spend time berjam-jam mereka akan berasa senang dengan kita.  Tapi apa yang penting is kita kena guna teknik T.L.C. *Cuba mengaplikasikan balik apa yg bikna ajar selama ni*. 



Apa itu TLC? It is stand for Tender Loving Care. Bak kata bikna, ni la nilai dan prinsip yg diajar pada setiap nurses di Hospital Pantai. Kita kena banyak bermain dgn psychology. Contohnya, macam kita pegang and usap tangan mereka. Walaupun untuk kita yg muda ni *yes, aku masih muda lg okaayyy*, it seems like nothing pun. Tapi bagi orang yg dah agak berumur ni, pendek kata warga emas, mereka akan rasa sangat la tersentuh dan terharu. Jangan main-main. Silap haribulan boleh berjurai air mata tau! Itu la kuasa sentuhan

Another thing is kita kena tunjuk yang kita sentiasa ingatkan mereka. Contohnya kalau pergi mana-mana, belilah sedikit buah tangan. Tak mahal pun tak pa. Tapi beli something yg boleh dia guna *Pastikan sesuai dgn umur dia la. Jangan pulak beli iPad 4!* Barang yang dibeli tak semestinya harga kena ratus-ratus ribu-riban. Less than RM5 pun dah cukup boleh buat mereka rasa sangatlah besar hati sebab masih jugak ada orang yg ingatkan mereka. 

However, I realized something when I had a conversation with her this evening. The reason she was sad is because she felt everyone doesn't need her anymore as she is useless and not really helpful. Dia tak lagi sekuat dulu nak buat kerja. That is why semua orang tak sukakan dia. Dia seolah-olah macam beban utk semua org *this part agak buat aku rasa seperti mau menangis (T.T)*

*Dah agak over emotional sekarang. Can't cont..*

Apa pun yang penting SHOW *aku masih xreti nak show off* them that you really appreciate them, okay? Kalau tak tunjuk macam mana la mereka nak tau kan? 



p/s: Hargai mereka selagi mereka masih ada. Kalau dah tak ada nanti dah tak guna nak menyesal or nak buat-buat sedih teringat sedangkan kita tak pernah hargai kehadiran mereka ketika mereka masih hidup

Friday, May 25, 2012

Bird's Egg

Reached home and found two little eggs on the tree. Quickly ran inside and grab the camera before the mommy comes back. Lets wait a few more days before they start hatching. A bit excited as this is my first time applied DIY flash bouncing technique. And the result was awesome!....for amateur like me :))  


p/s: Still learning..

Kawin

Hati kembali berkocak bila masuk ja musim kahwin. Sana sini pasangan disatukan. Untuk hari ni saja dah 15 jemputan dari kawan-kawan aku dapat. Sangatlah tumpang gumbira utk mereka. 

Tapi jauh dari dlm sudut hati kecil yg menyimpan hasrat yg sgt besar ni rasa sedikit stress & sedih. Kadang-kadang bila datang perasaan ni, terfikir seorang diri. Kenapa la jodoh aku lambat sangat sampai? Nak kata masih mencari-cari, tidak. Nak kata dapat tentangan dari keluarga, pun tidak. Tapi macam lambat bebenor jodoh tu nak sampai. Macam jauh lagi ja. Sana sini org asyik bertanya. Kekadang sampai rasa macam nak bernanah dah telinga ni asyik dengar statement yg sama 

Bila nak kahwin?
Kawan dah lama. Dah 6 tahun. Bila nak kenduri?

Seriously cakap nak termuntah dah rasa. Kadang-kadang rasa mcm nak marah balik pun ada. Bukannya tak nak kawin. Tapi dah jodoh tu belum sampai lagi. Tak kan la aku nak marah macam orang gila pulak kan bila orang asyik tanya soalan sensitif macam tu. Tak kan lah kalau Allah dah tetapkan jodoh aku tahun depan ka, tahun lusa ka, aku nak melangkau apa yg Allah dah tetapkan utk aku kan?? Make sense tak? Memang perkahwinan itu adalah satu perkara yg patut disegerakan. And YAAA!!! Memang aku nak kawin!! *puas hati??* Tapi aku pun tak tau la bila. Persiapan semua dah ada. Cuma persoalannya tak tau lah bila.


Namun, bila aku fikir-fikirkan balik semuanya mesti ada hikmah kenapa Allah lambatkan jodoh aku. Mungkin perkahwinan itu bukanlah satu keputusan yg terbaik utk aku buat masa sekarang memandangkan aku terlalu sibuk memfokuskan diri pada kerjaya. Nak pulak aku masih boleh dikategorikan as INFANT dalam NI tu. Terlalu banyak benda yg aku masih terkejar-terkejar nak cope up. Kalau kawin sekarang jadi isteri derhaka aku sebab mengabaikan suami..*sumpah aku tak nak*. 

Memandangkan Mr Architect masih lagi belum habis study, tak kan la nak kawin sekarang kan. Nak kawin mesti pakai duit banyak kan. Dah tu kalo kawin nak pakai apa kan. Pasir? Angin? Air? Kalo kawin pakai itu aja dah lama kawin. Bior lah dia cari kerja, simpan duit dulu

p/s: The time will come..Be patient. Allah has plan everything nicely for you

Saturday, May 19, 2012

Hunting for this!

I'm looking for this plant. Does anyone knows where can I get it?



Ouh! It's so gorgeous 

New Member!


New member in the house!! First time I saw him, my reaction was "Subhanallah! This lil boy is so handsome". Hari ni dah masuk hari yg ke-24 Amishah menjadi penghuni muka bumi ni. He's a lil bit different from his brothers. Much more fairer than the others. Most probably ikut bapak dia lah kot. 

Welcome to Amishah Putra bin Mohd Afiz

p/s: Feel blessed to be surrounded by the kids..

Saturday, May 12, 2012

Sagu Gula Melaka

Aku bukan lah seorang yang suka sangat traditional punya kuih or dessert ni. Tapi this one really make me drooling. Jom kita belajar buat!


Bahan-bahan
  1. 1 cawan Sagu
  2. 3 cawan Air
  3. 2 ketul Gula Melaka
  4. Santan
  5. Garam
  6. Daun Pandan
Cara-cara
  1. Masak sagu bersama air. Saya gunakan 1 cawan sagu : 3 cawan air. Masak sehingga warna sagu menjadi jernih
  2. Masak gula melaka bersama air.(Jangan terlalu cair)
  3. Masak Santan bersama daun pandan dan sedikit garam
  4. Lastly, sagu tu dimakan bersama gula melaka & santan

p/s: Walaweeehh..tangkap leleh wa cakap lu..

Thursday, May 10, 2012

Hectic Month

This months is a very hectic month for me. Lot of pending tasks on my plate. I guess my to-do-list has growing for a couple of weeks ago. A lot of things happen that cause me to lost a bit from my track. *a deep sigh on that*.

A bit disappointed to see my cubical like this. Planning to do some decoration since the first day I started working. But PLAN remain as a plan. I couldn't find any free time to think of what to put on my cube. 


Perhaps I will start with something green and fresh for it, and I'm thinking of a pot of plant.

Is it better to have something cute like this?

Or maybe something that is more evergreen?




p/s: No more sighing! Need to double and triple up the effort.

Monday, May 7, 2012

Kereta Kotak

Hari ni sekali lagi Saga Classico accident. Innalillahiwainnalillahirajiun..Dah serupa macam sumbing aku tengok. Sebelum ni langgar orang, sekarang hentam pagar rumah orang pulak. Kesian dia. Terlalu banyak dah jasa Saga Classico ni kat family aku. Kalau nak kira umur dia ni, tua lagi dia dari aku. Punya la kami semua sayang sangat kat kereta ni sampai fikir 10x kali nak jual ka tak walaupun dah banyak orang yg dok merisik dok tanya samada kami nak jual ka tak. Tak kurang jugak ada yg pesan supaya jaga kereta ni elok-elok sebab akan menjadi classic car dgn condition engine dia yg still tip top. (No wonder la ada mekanik tu beriya-iya sangat nak masuk meminang dia..ahaks! Boleh tahan jugak ko nyah...ahahhaha..)

Proton Saga lama

Fikir-fikirkan balik, Saga Classico ni dah jadi semacam separuh daripada keluarga kami. Sebut ja Saga pby, orang dah tau sapa punya. Macam-macam nama dah dia dapat. Kereta kotak, kereta mesra alam, pby..tu semua nickname dia. Mulanya rasa segan jugak orang cakap camtu. Tapi lama-lama rasa bangga pulak. Kereta keluaran Malaysia yg pertama tuu..Aku ada, kau ada? Mana ada dah kereta ni keluar kat pasaran. Even makin kurang atas jalan since Proton buat promosi trade-in Saga lama kpd Saga baru. 

Since now Saga Classico ni dah jadi mcm ni, terdengar ura-ura parents aku nak beli kereta baru. Huhuhuhu..rasa macam tak sanggup pulak nak bagi parents aku jual kereta ni. Banyak kenangan kot dgn kereta ni.

p/s: Apa-apa pun still berharap Saga Classico will always be with us

Sunday, May 6, 2012

Laksa Sarawak


Bahan-bahan Kuah:

  • 1 paket Pes Laksa Sarawak (in this case saya gunakan pes Laksa Sarawak Hj Manan )
  • Udang
  • Ayam
  • Serai 2 batang
  • Daun Ketumbar
  • Daun Pudina
  • Santan
  • Gula & garam secukup rasa

Bahan utk Sambal:
  • 6 ulas bawang besar (kisar)
  • 3-4 ulas bawang putih  (kisar)
  • Cili boh 
  • Belacan  (kisar)
  • Air asam jawa
  • Gula & garam secukup rasa

Bahan-bahan utk hidangan:
  • Taugeh
  • Limau kasturi
  • Ayam & Udang
  • Daun Ketumbar
  • Telur dadar yg dihiris halus-halus
  • Bihun
  • Ayam rebus yg dicarik-carik
  • Udang

Cara penyediaan Kuah:
  1. Rebus udang. Kemudian toskan. (1/2 daripada isi udang saya blend sekali utk dimasukkan ke dalam kuah)
  2. Rebus ayam. Kemudian toskan
  3. Didihkan air rebusan ayam + air rebusan udang (banyakkan air rebusan udang) bersama -sama dgn  dua batang serai.
  4. Kemudian masukkan pes Laksa Sarawak
  5. Carik-carikan daun ketumbar & daun pudina ke dalam kuah laksa
  6. Masukkan santan & garam secukup rasa
Cara penyediaan Sambal:
  1. Tumis cili boh sehingga pecah minyak
  2. Masukkan bahan kisar
  3. Masukkan air asam jawa, gula & garam secukup rasa
  4. Masak sehingga kering
p/s: I have been craving for this for months