Wednesday, November 4, 2015

Bihun Sup Utara


SUP

Bahan-bahan:
  • Daging 2 kilo, tulang 2 kilo @ kalau ayam beli yg tulang kerangka sahaja 3 ekor, isi 6 ketul
  • 3 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci halia (semuanya diketuk)
  • 2 labu bawang putih 
  • 7 biji bawang merah ( dimayang@ditumbuk)
  • daun leek * salery * ( diptong besar 3 inci)/jika ada)
  • 2 sudu besar gula 
  • 2 kiub ayam@ daging maggi ( saya lebih suka guna kiub ayam- lebih sedap lebih power walaupun nampak pelik tapi percayalah kiub ayam lebih sedap jika dimasukkan kedlm masakan berasaskan daging , ayam dan ikan)
  • 1 camca besar lada hitam ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu serbuk kunyit masuk kedlm periuk sup
  • garam 2 camca 
  • kulit kayu manis 6
  • 8 bunga lawang 
  • 10 buah pelaga 
  • 2 bungkus perencah 'sup tulang'( jika mahu)
  • air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam) . 

Cara-cara:
  1. Masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api. 
  2. Bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 11/2 -2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut). setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja.
  3. Teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, garam, lada hitam. serbuk kunyit dan selebihnya tu...bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang. 
  4. Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup. 
** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi. 

BIHUN

Bahan-bahan:
  • Sebungkus bihun
  • Serbuk kunyit
  • Air
Cara-cara:

  1. Bihun direndam- air biarlah cukup2 diparas bihun saja
  2. Pastu masukkan kunyit dan gaul2. Biarkan 15 minit
  3. Celur dalam air didih-2-3 minit saja sampai lembut
HIASAN / TABUR:
  • Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk
  • Dipotong kiub kecil kecil daun sup
  • Dihiris halus daun bawang
  • 1 kampit kecilbawang goreng 
  • 100gram lobak masin - dicincang halus halus

SAMBAL

Bahan-bahan:
  • minyak 1 cawan(minyak kena banyak sebab nak bagi cabai2 betul2 masak)
  • 3 senduk nasi cili kering yg telah dikisar
  • 8 camca cili sos
  • bawang merah 4 ulas dimayang
  • bawang putih 3 ulas dimayang
  • gula 5 camca
  • garam 1 camca kecik
Cara-cara:
  1. Tumis bawang2 dulu, cili kisar, cili sos, garam. Goreng sampai cili masak betul2. 
  2. Tambah gula, biar pekat 
  3. Masak sampai sambal jadi warna merah tua/gelap.-guna api sederhana dan perlahan sahaja bila hampir pekat.

Bihun sup utara




No comments:

Post a Comment