Friday, June 8, 2012

Yellow-vented Bulbul

Banyak kali dah burung datang bersarang. Tapi kali ni la yg aku baru betul follow perkembangan burung ni. Aku baru saja dapat taw burung ni nama glamer dia Burung Merbah Kapur(Yellow-vented Bulbul) atau nama saintifiknya Pycnonotus goaivier


Ini lah burung Yellow Vented Bulbul tu. Selalunya yang aku nampak parent bulbul ni akan bawa serangga utk santapan anak-anak mereka. Susah payah aku duduk statik utk ambil gambar burung ni. Walaupun burung ni tidak berapa takutkan manusia, tapi sifat cautious dia tu masih ada. Dia still berhati-hati utk datang dekat sebab masih tak yakin aku tak akan mengapa-apakan dia. 


Haaa,,ni burung merbah kapur tu. *gambar ni di'kidnap' drpd website lain*. Memang mudah utk mengenali Yellow Vented Bulbul ni. Matanya seolah-olah memakai celak 4inci, bontot yg berwarna kuning dan mempunyai bulu pada bahagian dada&mata yg berwarna putih. Menjadi kebiasaan si bapa & si ibu sama-sama menjaga anak mereka. Semasa aku dlm proses untuk ambil gambar-gambar ni, kedua-dua pasangan burung ni dari jauh memerhatikan aku. Bimbang sekiranya aku mengapa-apakan anak mereka mungkin. Lama selepas aku duduk dlm keadaan statik tu, baru kedua-dua ekor burung ni datang. And yg menariknya si jantan (berjambul tinggi ala-ala spike) ni duduk di suatu tempat tidak jauh dari si betina. Lagaknya ala-ala mengawasi aku sekiranya aku cuba menganggu pasangannya memberi makan kepada anak-anak mereka *Alahai so sweet!*


p/s: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.(Al-Baqarah 2:117)

1 comment:

  1. waaah...dah ada DSLR...dah lama tak visit sini, banyak gambar dah ada...huhu..

    ReplyDelete