Saturday, May 26, 2012

Orang tua

Tadi baru dok sembang2 dgn maktok. Biasa la. rutin harian kalau maktok ada kat rumah. Lepas balik kerja akan duduk sembang sekejap dengan maktok. Topik perbualan kami selalunya berkisar pada topik masakan, cerita zaman dolu kala, isu semasa dll.

Namun, as usual maktok akan masuk topik "Cerita Hot". Seboleh2nya aku mengelak nak dengar topik tu. Kona la sana sini. Tapi kona macam mana pun pasti akan masuk topik tu jugak. Can't help it. Terpaksa la tahan telinga dengar maktok dok meluah perasaan. Biasalah orang2 tua ni. Mereka sangat2 lah sensitif. Kecik hati sana la kecik hati sini la. Macam mana senang nak kecik hati, macam tu jugak la senang nak besar hati. :) Kadang2 bagi kita benda tu remeh. Tapi sebenarnya kita dah menguris hati mereka. *We not go through it yet, so we do not know it. Entah2 esok tua kita lagi teruk apa*

Sambil sembang-sembang dengan maktok ni, otak aku ligat menganalyze apa yg maktok cakap. And YES! I  learn something from her again. Moral of the story yang aku dapat hari ni is orang tua ni kalo nak ambil hati mereka senang ja. Show that you appreciate them!. Tak semestinya melalui duit yg bertimbun2, hadiah mahal mak datok or spend time berjam-jam mereka akan berasa senang dengan kita.  Tapi apa yang penting is kita kena guna teknik T.L.C. *Cuba mengaplikasikan balik apa yg bikna ajar selama ni*. 



Apa itu TLC? It is stand for Tender Loving Care. Bak kata bikna, ni la nilai dan prinsip yg diajar pada setiap nurses di Hospital Pantai. Kita kena banyak bermain dgn psychology. Contohnya, macam kita pegang and usap tangan mereka. Walaupun untuk kita yg muda ni *yes, aku masih muda lg okaayyy*, it seems like nothing pun. Tapi bagi orang yg dah agak berumur ni, pendek kata warga emas, mereka akan rasa sangat la tersentuh dan terharu. Jangan main-main. Silap haribulan boleh berjurai air mata tau! Itu la kuasa sentuhan

Another thing is kita kena tunjuk yang kita sentiasa ingatkan mereka. Contohnya kalau pergi mana-mana, belilah sedikit buah tangan. Tak mahal pun tak pa. Tapi beli something yg boleh dia guna *Pastikan sesuai dgn umur dia la. Jangan pulak beli iPad 4!* Barang yang dibeli tak semestinya harga kena ratus-ratus ribu-riban. Less than RM5 pun dah cukup boleh buat mereka rasa sangatlah besar hati sebab masih jugak ada orang yg ingatkan mereka. 

However, I realized something when I had a conversation with her this evening. The reason she was sad is because she felt everyone doesn't need her anymore as she is useless and not really helpful. Dia tak lagi sekuat dulu nak buat kerja. That is why semua orang tak sukakan dia. Dia seolah-olah macam beban utk semua org *this part agak buat aku rasa seperti mau menangis (T.T)*

*Dah agak over emotional sekarang. Can't cont..*

Apa pun yang penting SHOW *aku masih xreti nak show off* them that you really appreciate them, okay? Kalau tak tunjuk macam mana la mereka nak tau kan? 



p/s: Hargai mereka selagi mereka masih ada. Kalau dah tak ada nanti dah tak guna nak menyesal or nak buat-buat sedih teringat sedangkan kita tak pernah hargai kehadiran mereka ketika mereka masih hidup

No comments:

Post a Comment