Friday, March 2, 2012

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu

Sedang membaca buku "Biar Bidadari Mencemburu Dirimu". Tertarik saya dgn kata-kata ni:

"Wanita bertudung adalah lebih menarik pada pandangan semua orang. Wanita yg menutup aurat menarik dan mempesona pada semua lelaki normal walaupun lelaki itu berkelakuan buruk. Apa yg membezakannya adalah lelaki yg berhemah mempunyai harapan yg tinggi utk mendapatkan wanita itu berbanding lelaki lain"

Terpegun sebentar saya dgn kata-kata penulis ini yg merupakan seorang lelaki. Terasa tenangnya jiwa. Tingginya martabat seorang wanita yg menjaga kecantikannya utk yg selayaknya. Terfikir sendiri, dimana letaknya nilai seorang perempuan sekiranya kecantikannya itu dipertontonkan kpd umum? Malang sungguh bakal suaminya jika terpaksa berkongsi hak dirinya dgn orang ramai.

Bukan niat utk berlagak baik. Tetapi lebih kpd peringatan utk diri sendiri. Sekadar cuma nak berkongsi dgn sesiapa yg membaca post ini.

Allah menurunkan pakaian utk kita menutup aurat. Kita gunakannya utk menutup aurat dan juga memperindahkan penampilan. Tetapi ingatlah, pakaian takwa itu adalah pakaian yg terbaik. Ia adalah pakaian yg terindah sbg persiapan kita utk mentaati perintahNya.

Ya! Memang bukan mudah utk kita mendapatkan pakaian yg terbaik itu. Sejujurnya, saya sendiri masih lemah dlm mendapatkannya. Tapi janganlah pula kita berputus asa. Ayuh terus mengorank langkah utk mendakati yg  Maha Esa. Apabila ada panggilan syg dari Allah yg menggerakkan hati kita utk melakukan perkara baik seharusnya kita berada di saf paling hadapan. Jangan sekali jadikan alasan 'Tidak mahu berubah lagi kerana takut akhlak Jahilliah kita ini akan mencemarkan kesucian wanita solehah'.

Proses utk menjadi wanita solehah ini bukanlah mudah. Memang saya akuinya. Terlalu banyak dugaan dan cabaran. Tapi bukanlah ia menjadi alasan utk kita sbg Muslimah utk menunggu supaya akhlak menjadi baik baru nak mengoran langkah utk menutup aurat.

Yakinkan dirimu. Marilah sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Allah pasti akan menolong kita utk membaiki akhlak, memperindah perangai dan menghapuskan segala keresahan kita.

" Tidak akan Allah mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah perkara-perkara yg ada pada diri mereka" - 
Surah Ar Ra'ad, ayat 11

1 comment:

  1. me also trying to be a better muslimah..
    thanx for sharing this post. :)

    ReplyDelete